Sunday, January 22, 2012

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


 Di tgrhi waktu Jordan..Ygmna mgkn di Malaysia sedang panas terik tp di Jordan dihujani salji dan angin yg sungguh kuat...Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!
Tahun pertama ana di Jordan xdpt merasa nikmat salji tp alhamdulillah,sekurang2nye ana dpt merasa salji walaupun cuma sekali...
Disaat angin menghembus kencang,hati terasa sayu mengenangkan ibu bapa,kakak2,adk2,ank2 sedara,sedara-mara,guru2 dan sahabat2 di bumi Malaysia...Alangkah indahnya hidup jika mereka dpt sama2 sertai diri ini menikmati ciptaan Allah S.W.T yg luar biasa...Hatiku merindui.....


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Apa yg tersirat dan terpendam mungkin kita tidak tahu….

Tetapi…. Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

BERKONGSILAH SUKA DUKA BERSAMA..
RENUNGILAH...
JGN DIKESALI AKAN PERPISAHAN KERANA IA PASTI TETAP AKAN BERLAKU…..
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)


SAYANGILAH Setiap IKATAN Kerana Disitu Ada PERSAHABATAN,
SAYANGILAH Setiap KENANGAN Kerana Disitu Ada SENYUMAN,
SAYANGILAH Setiap KASIH SAYANG Kerana Disitu Ada KENIKMATAN,
SAYANGILAH Setiap PERTEMUAN Kerana Disitu Ada PERPISAHAN,
SAYANGILAH Setiap PERPISAHAN Kerana Disitu Ada Kerinduan….

RENUNGILAH KATA-KATA INI……TERSIMPUL 1001 MAKNA….

Thursday, January 19, 2012

Dialah sahabat.



 Hari ini suka ana nk berkongsi kisah hati tentang seorang Sahabat. Dikala dingin angin yg menghembus. Hujan batu di tengahari Jordan. Tiba-tiba hatiku sayu mengenangkan seorg insan yg bernama SAHABAT….
Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini. Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari segi sikap mahu pun perbuatan. Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama. Malu itu memang pakaian peribadinya. Rendah diri itu perhiasan dirinya. Ilmu itu dihujung bibirnya. Kemewahan bukan kebangaannya. Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada. Dimajlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan. Dimajlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan. Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya. Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan. Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud. Zuhud itu merupakan hatinya.

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan meringankan kesusahanmu.
10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

Semua itu ada padanya. Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya. Inilah sahabat sejati, sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Inilah sahabatku.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan. Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan. Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya. Bahasanya lembut  tutur kata juga sopan. Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala. Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya. Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini. Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku. Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini. Malunya aku…………..

Sahabatku, sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu. Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu. Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Saat bermusafir, kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar. Dengan hadiah ini, kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH. Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan. Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali. Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang ingkar kepada ALLAH S.W.T. Sujudmu lama. Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa. Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa. Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal. Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan. Diakhiri sujud itu dengan zikir. Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia. Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan. Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis. Zikir itulah cuciannya. Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati. Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih, bersih dan kembali cemerlang.

Sahabat……..banyak yang aku pelajari darimu….

Buat insan yg bergelar shbt…
KAWAN Ada dimana…terlalu MUDAH utk dicari….
Tp SAHABAT mmg Amat SUKAR utk dicari….
Kerana seorang SAHABAT akan selalu ada dikala kita susah dan senang..suka duka pasti bersama……..

Renung-renungkan…..
Jadilah yg terbaik utk shbt kita…Dan hargailah shbt yg kita ada..

SELAMAT BERAMAL…..

Wednesday, January 18, 2012

Ada Apa Dengan Cinta?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar shbt2 yg dsygi...lama sungguh ana tak update blog ni...tak ada kesempatan..maaf sgt2...dikesempatan ini, ana nk bkgsi cerita dan maklumat bersama kalian...ana suka mengarang tapi tak cukup arif..bg yg byk pengalaman dan pengetahuan tlg bg tunjuk ajar dan teguran...terima kasih...segala jasa baik antum/antunna dihargai...hanya ALLAH S.W.T  sj yg dpt membalasnya...

Nabi S.A.W bersabda:

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"
mafhumnya:

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum 'Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka ingkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ia lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuk seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakar kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi s.a.w, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali kepada baginda Nabi s.a.w, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b. Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi s.a.w apabila beliau diberitahu yang Nabi s.a.w telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta para generasi sahabat kepada Nabi s.a.w.

Cinta para generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang mendermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.
semoga berguna dan bermanfaat utk semua...