Sunday, June 21, 2015

KERINDUAN..............

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

ASSALAMUALAIKUM.....

APA KHABAR semua....????

Alhamdulillah.... Sudah lama diri menyepi hingga bersawang blog ni...
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan coretan yang tidak seberapa ini....

Hati ooo hati.... bila hati sudah gundah gulana, resah gelisah baliklah pada Dia Pemilik hati... Ingatlah Allah ketika senang dan susah, ketika sihat dan sakit, ketika sedih dan gembira... Janganlah hanya diingat ketika susah, sakit dan sedih.... Kerana Allah sentiasa bersama kita tak kira masa dan tempat....

Rindu......

14/2/2013 alhamdulillah sampai di Malaysia setelah dua tahun setengah berjuang menuntut ilmu di bumi Jordan.... Kembali ke Malaysia berjuang untuk membantu agama dan bangsa...
Memulakan kerjaya sebagai guru ganti di salah sebuah kebangsaan di Taiping, Perak hampir setahun.... Kemudian bertugas sebagai guru kafa di salah sebuah sekolah agama rakyat di Taiping, perak juga selama setahun empat bulan....

Seterusnya, dipanggil oleh JAKIM untuk bertugas sebagai Kader Jakim....Alhamdulillah....rezeki datang memang tak dapat nak dijangka... Terima kasih ya Allah... Akan kulaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya.. Insya Allah biiznillah....

Selama tempoh pulang dari Jordan banyak ujian yang menimpa tapi Alhamdulillah..ku bersyukur Allah memilihku untuk diuji kerana kuyakin Allah menyayangiku... Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya..

Makin hari hati makin rindu... Rindu pada suasana di bumi Anbiya'... Rindu pada rakan2 seperjuangan disana..Rindukan makanannya....Rindukan 4 musim....rindukan segalanya disana... Sentiasa terbayang dimata setiap saat kenangan yang terlakar tersemat dihati...

Diri sentiasa mendoakan agar diberi kesempatan untuk kesana sekali lagi bersama insan tersayang... Ingin sekali hati ini membawa insan tersayang melihat tempat ku berjuang untuk menyelesaikan amanah Allah dan ayah bonda.....

Rindu... Rindu... Rindu.....
Moga Allah kabulkan hajat dan impian ini...amin.....


Wednesday, August 28, 2013

~ Cerita - cerita ~

Assalamualaikum......
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnianya kita masih dipanjangkan umur dan dipinjamkan nyawa untuk terus beribadah..
Sudah hampir setahun tidak menulis.. Hati terasa sedih dan rindu untuk menulis lagi.. Biarpun tidaklah berapa pandai dan hebat...
Alhamdulillah, sudah hampir tujuh bulan ana berada di tanah air, Malaysia...... Tempat tinggal ana..Tempat yg paling selesa dan yang paling ana rindui...
Kerana disini terdapat kenangan pahit manis.. indah.. suka duka juga adanya family tercinta disini...
14hb 2 tibanya ana disini setelah dua tahun merantau ke negara orang untuk mengutip Mutiara indah di negara orang..
Sempat juga ana menjejakkan kaki ke negara yang sangat ana impi untuk menjejakkan kaki iaitu BUMI MESIR.....
Walaupun cuma dapat ke ibu negaranya sahaja iaitu Kaherah tapi sangat cukup buat ana rasa bersyukur sehingga ingin mengalir air mata..
Tidak terungkap dgn kata-kata..
Setelah ana pulang ke Malaysia, aku diuji dengan pelbagai dugaaan antaranya : demam selama dua minggu, cirit-birit juga dua minggu, masalah keluarga yang tidak putus sehingga menyebabkan Bonda tercinta ditahan hospital.. Hancur rasa hati bila seminggu bonda hanya terbaring di katil rumah dan seminggu kemudiannya dikatil hospital...
Ana sedih kerana tidak dapat banyak membantu.. Ana berasa sedih dgn kekurangan diri.. Ana berasa hanya sentiasa menyusahkan bonda,ayahanda juga kakak ana yang lain tapi bonda dan ayahanda selalu beri semamgat pada ana..
Hanya kerana tiada kerja dan tiada lesen membuatkan ana sangat-sangat tertekan sehingga ana pula yang sakit.. Ana terlupa yang apabila ana sakit, lebih-lebih lagi akan menyusahkan bonda dan ayahanda ana... Ana khilaf... Ampunkan anakanda....
Ana bernasib baik bila mudah mendapt kerja.. Hanya sebulan di Malaysia... Alhamdulillah, selepas sebulan pertama tidak sihat ana sudah mendapat kerja.. Menjadi guru ganti di Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Pokok Assam, Taiping.. Ana mula mencari pengalaman disini.. Ana belajar banyak perkara.. Tentang sikap pelajar, sahabat-sahabat guru,pentadbiran dan staf sekolah....
Ana rasa amat gembira dapat berkomunikasi dgn pelajar..mereka sangat dengar cakap,peramah dan comel...
Tapi malangnya ada juga guru yang bermasalah.. Itu memanglah sebenarnya perkara biasa.. Kerja dimana dan bahagian apa sekalipun pasti ada yang lain macam tapi apa yang mengecewakan aku adalah kerana dia seorang guru.. Tapi bila difikirkn semula, guru juga seorang manusia kan... Pasti tidak lepas dari melakukan kesalahan... Hati dia sangat baik.. Hari pertama ana disitu, dia banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.. Tapi malangnya dia cemburukan ana kerana pelajar rapat sangat dengan ana.. Terutama pelajar dari kelasnya ( dia guru kelas)...
Ana tidak minta pelajar merapati ana.. Mungkin kerana ana guru termuda di sekolah itu dan saiz tubuh ana yang lebih kurang mereka menyebabkan mereka lebih rapat dan mesra dengan ana..
Pengalaman menyambut hari guru yang pertama... Sangat mengejutkan ana kerana ana mendapat hadiah paling banyak dari pelajar-pelajar.. Itu adalah sesuatu yang amat-amat tidak ana jangka kerana dari awal pagi itu ana terfikir yang ana langsung tidak akan mendapat apa-apa kerana ana cuma hanya guru ganti tapi Alhamdulillah...
Walaubagaimanapun, dengan peristiwa itu telah mengganggu hati seseorang menyebabkan ana dikutuk teruk hingga ke dalam FB..Ana langsung tidak tahu dan tidak mahu tahu apa-apa tapi akhirnya dimaklumkan juga oleh guru-guru lain disitu.. Ana tidak berasa keseorangan kerana ana tidak ada masalah dengan sesiapa.. Guru-guru lain semua ok.. Ana sendiri pun tidak ada masalah dengan mereka cuma ada sedikit iri hati saja..
Tidak mengapa.. Ana tidak berkecil hati cuma masih belajar menerima keadaan itu...
Walaubagaimanapun, ana tetap berasa sedih apabila ingin meninggalkan sekolah itu selepas hampir 6 bulan berkhidmat.. Jauh disudut hati ana, ana amat sayangkan mereka.... Sahabat-sahabat guru yang telah ana anggap seperti kakak-kakak, ibu-ibu, bapa-bapa juga abang-abang yang terlalu banyak membantuku.....Tidak mungkin aku lupakan SKSA kerana sekolah pertama aku berkongsi ilmu....
Apatah lagi adik-adik pelajarnya yang comel-comel belaka....
Sekarang ana hanya duduk dirumah sambil menghabiskan belajar lesen dan mencari kerja...
Buat sahabat-sahabat, ana mohon bantulah doakan ana gar dipermudahkan ana mendapat kerja yang halal dan dipermudahkan jodoh ana.. Amin ya Rabb........
رب يسر ولا تعسر
اللهم تمم بالخير

Saturday, October 6, 2012

Mutiara Minda


Teringat pesan ayahanda... "Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

 Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan... 


 Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
 Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

 Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita  solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?



Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
 Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, emt, TITAS,C++, ...
* kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?
 Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
 Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Siapa kita....????

 ibu utama 

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:-

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Beberapa kata renungan dari Qur'an :-

orang yang tidak melakukan sholat pada :-

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

C) Al-Quran:-

 Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran

Friday, October 5, 2012

Tazkirah Remaja: Cintai Allah sepenuh jiwa



 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

KITA sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.

Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya “get the same channel.”

Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang “online” (berhubung langsung) antara sebut dan buat.

Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat.

Cinta bukannya “apa yang saya dapat dari awak” tetapi cinta ialah “apa yang saya boleh lakukan untuk awak.” Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu.

Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris “love” membawa makna “loyal to the principal” iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip.

Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta.

Cinta pada keluarga, tunaikan tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.

“O” maknanya “obey hot feeling” iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan “kami dengar dan kami taat.” Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.

“V” ialah “victory”. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah.

Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan.

Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.

“E” ialah “enlightment” iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.

Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati.

Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.

Jika kita ingat, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai sikap Rasulullah s.a.w, jawab Aisyah sikap Rasulullah ialah al-Quran. Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.

Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah “ahad-ahad” (esa) yang keluar daripada mulutnya ialah lambang cinta pada Allah.


Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Friday, September 14, 2012

~ Ujian ~

                                                       
                                                   

     

Monday, August 20, 2012

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah


Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Oleh
Ust. Zaharuddin Abd Rahman

Friday, June 15, 2012

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita




بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم



Disini ana ada sedikit perkongsian ilmu..Moga berkat ilmu ini milik kita bersama...Selamat membaca..

Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram.
Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada
pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang
baik. Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam
menjayakan program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa
sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan
perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat
perlaksanaan.

Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang
kebebasan kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan
ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap
pertemuan yang berlaku di antara kedua belah pihak. Tiada siapapun
boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan
tidak perlu dibimbangkan terhadap diri mereka. Mereka sebenarnya mahu
menjadikan kita seperti masyarakat barat.

Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan
batasan yang telah digariskan Islam. Antaranya ialah:-

1. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan, jangan melihat
pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan
pandangan yang lama tanpa ada keperluan. Firman Allah:

  
@è% šúüÏZÏB÷sßJù=Ïj9 (#qÒäótƒ ô`ÏB ôMÏd̍»|Áö/r& (#qÝàxÿøtsur óOßgy_rãèù 4 y7Ï9ºsŒ 4s1ør& öNçlm; 3 ¨bÎ) ©!$# 7ŽÎ7yz $yJÎ/ tbqãèoYóÁtƒ ÇÌÉÈ   @è%ur ÏM»uZÏB÷sßJù=Ïj9 z`ôÒàÒøótƒ ô`ÏB £`Ïd̍»|Áö/r& z`ôàxÿøtsur £`ßgy_rãèù Ÿwur šúïÏö7ム£`ßgtFt^ƒÎ žwÎ) $tB tygsß $yg÷YÏB ( tûøóÎŽôØuø9ur £`Ïd̍ßJ胿2 4n?tã £`ÍkÍ5qãŠã_ ( Ÿwur šúïÏö7ム£`ßgtFt^ƒÎ žwÎ)  ÆÎgÏFs9qãèç7Ï9 ÷rr&  ÆÎgͬ!$t/#uä ÷rr& Ïä!$t/#uä  ÆÎgÏGs9qãèç/ ÷rr&  ÆÎgͬ!$oYö/r& ÷rr& Ïä!$oYö/r&  ÆÎgÏGs9qãèç/ ÷rr& £`ÎgÏRºuq÷zÎ) ÷rr& ûÓÍ_t/  ÆÎgÏRºuq÷zÎ) ÷rr& ûÓÍ_t/ £`ÎgÏ?ºuqyzr& ÷rr& £`Îgͬ!$|¡ÎS ÷rr& $tB ôMs3n=tB £`ßgãZ»yJ÷ƒr& Írr& šúüÏèÎ7»­F9$# ÎŽöxî Í<'ré& Ïpt/öM}$# z`ÏB ÉA%y`Ìh9$# Írr& È@øÿÏeÜ9$# šúïÏ%©!$# óOs9 (#rãygôàtƒ 4n?tã ÏNºuöqtã Ïä!$|¡ÏiY9$# ( Ÿwur tûøóÎŽôØo £`ÎgÎ=ã_ör'Î/ zNn=÷èãÏ9 $tB tûüÏÿøƒä `ÏB £`ÎgÏFt^ƒÎ 4 (#þqç/qè?ur n<Î) «!$# $·èŠÏHsd tmƒr& šcqãZÏB÷sßJø9$# ÷/ä3ª=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ÇÌÊÈ  

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

                                                                                                            (Surah An-Nuur:30,31) 
                          
2. Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syarak,
iaitu yang menutupi seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua
tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan
tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

Maksudnya: "…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…" (Surah An-Nuur:
31)

Perkara ini adalah berdasarkan kepada tafsiran yang dibuat oleh
beberapa orang sahabat mengenai maksud `apa yang lahir daripadanya'
ialah muka dan dua tapak tangan.

Di antara hikmat berpakaian sedemikian ialah seperti yang telah
dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya;

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# @è% y7Å_ºurøX{ y7Ï?$uZt/ur Ïä!$|¡ÎSur tûüÏZÏB÷sßJø9$# šúüÏRôム£`ÍköŽn=tã `ÏB £`ÎgÎ6Î6»n=y_ 4 y7Ï9ºsŒ #oT÷Šr& br& z`øùt÷èムŸxsù tûøïsŒ÷sム3 šc%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÎÒÈ   

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.                                                                         
                                                             (Al-Ahzaab: 59) 

Iaitu bahawa dengan pakaian yang menutup aurat inilah kita dapat
membezakan di antara wanita merdeka yang memelihara kehormatannya
dengan wanita yang jalang. Wanita yang berpakaian sedemikian akan
terselamat daripada gangguan, kerana pakaiannya yang begitu di
samping akhlaknya yang baik menyebabkan orang yang melihat akan
menghormatinya.

3. Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika
berurusan dengan lelaki:

a. Ketika bercakap: Pastikan ia jauh daripada sebarang nada yang
menggoda atau memberahikan. Firman Allah;
uä!$|¡ÏY»tƒ ÄcÓÉ<¨Z9$# ¨ûäøó¡s9 7tnr'Ÿ2 z`ÏiB Ïä!$|¡ÏiY9$# 4 ÈbÎ) ¨ûäøøs)¨?$# Ÿxsù z`÷èŸÒøƒrB ÉAöqs)ø9$$Î/ yìyJôÜuŠsù Ï%©!$# Îû ¾ÏmÎ7ù=s% ÖÚttB z`ù=è%ur Zwöqs% $]ùrã÷è¨B ÇÌËÈ  

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).
                                                             (Al-Ahzaab: 32)

b. Ketika berjalan: Berjalanlah dengan sopan dan penuh tertib
sebagaiman firman Allah:

Maksudnya: "… dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…" (An-Nuur:31)

Dia hendaklah berjalan sebagaimana yang disifakan oleh Allah s.w.t: 


çmø?uä!$mgmú $yJßg1y÷nÎ) ÓÅ´ôJs? n?tã &ä!$uŠósÏFó$# ôMs9$s% žcÎ) Î1r& x8qããôtƒ štƒÌôfuÏ9 tô_r& $tB |Møs)y $oYs9 4 $£Jn=sù ¼çnuä!$y_ ¡Ès%ur Ïmøn=tã }È|Ás)ø9$# tA$s% Ÿw ô#ys? ( |NöqpgwU šÆÏB ÏQöqs)ø9$# tûüÏJÎ=»©à9$# ÇËÎÈ  

25. Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya Dengan berjalan Dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian Yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah Engkau bimbang, Engkau telah Selamat dari kaum Yang zalim itu ".

                                                               (Al-Qasas:25)


c. Ketika melakukan gerakan: Elakkan daripada melakukan gerakan yang
manja, seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpamanya seperti
yang disebut di dalam hadis sebagai al-mumailaat al-maa'ilaat
(menggoncang-goncangkan). Perkara ini termasuk dalam kategori
mendedahkan aurat sebagaimana yang dilakukan oleh jahiliah dahulu dan
jahiliah moden.

4. Menjauhkan daripada menggunakan sebarang perkara yang boleh
menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwatnya
seperti wangi-wangian dan sebarang `make-up' (alat solek) yang
berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja, bukan
untuk keluar rumah dan tidak juga ketika untuk bertemu dengan kaum
lelaki.

5. Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan
perempuan tanpa ada bersama muhrimnya. Banyak hadis-hadis yang sahih
melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud;"…
kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan
adalah syaitan."

Oleh yang demikian adalah tidak wajar kita membiarkan kayu api duduk
hampir dengan api yang sedang marak menyala. Lebih-lebih lagi jika
bersunyi-sunyian itu adalah dengan salah seorang kaum kerabat si
suami. Ini jelas dalam suatu hadis:

Maksudnya:"Jauhilah kamu daripada masuk kepada wanita." Sahabat pun
bertanya:"Wahai Rasulullah! Bagaimana jika yang masuk itu adalah
mertua? Lalu dijawab oleh Rasulullah: " Mertua adalah maut!"

Makna maut disini ialah sebab kebinasaan kerana kadang–kadang mertua
duduk dan berbual lama. Ini adalah suatu bahaya yang cukup besar.

6. Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja
ataupun pada urusan yang memang menuntut kedua-duanya untuk hadir
bersama tanpa berlebih-lebih dan melampau. Dan yang paling penting,
perkara ini hendaklah berlaku tanpa menjejaskan fitrah kewanitaannya
atau menyebabkannya terdedah kepada kata-mengata atau menganggu
tugasnya yang cukup mulia iaitu menjaga keluarga serta mendidik anak.

Dan Allah jualah penunjuk kepada jalan yang benar

Oleh: Dr Yusuf al-Qardawi, jilid 5 & 6, Fatwa Masa Kini