Teringat
pesan ayahanda... "Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika
tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak
kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa
nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering
lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir...
Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui
Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita
mengejar kejayaan dunia, kita sering
lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut
menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang
kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada
kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda
kemurkaan Allah!! Adakah kita
benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita
di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan
kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku
diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala
kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir
Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah
tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula
menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa
minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang
berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat
kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak..
jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang
hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak
mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih
tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan
Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak
malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah
kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan
umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada
mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah
bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu
yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah
kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.Apakah kita merasakan diri
kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan
mungkar.
Kita
pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... **
kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang
kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ...
** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum
sekarang?
Kita ketawa ...
** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, emt,
TITAS,C++, ...
* kita yakin
semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa
** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari
akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan
kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah
kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal
dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih
mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian,
bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah
menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya
kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....????
ibu utama
A) Nabi S.A.W
bersabda yang bermaksud : Ada
4 di pandang sebagai ibu iaitu:-
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 )
Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah
TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
B) Beberapa kata renungan dari Qur'an :-
orang yang
tidak melakukan sholat pada :-
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam
tidurnya
C) Al-Quran:-
Sembahyanglah
sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.
Invitation - In
ReplyDeleteI'm Brazilian.
Spent reading here, and visit his blog.
I also have one, only much simpler.
I'm inviting you to visit me, and if possible follow together for them and with them. I always liked to write, expose and share my ideas with people, regardless of class Social, Religious Creed, the Sexual Orientation, or, of Ethnicity.
To me, what will interest is our exchange of ideas, and, thoughts.
I'm there in my space Simpleton, waiting for you.
And I'm already following your blog.
Strength, Peace, Friendship and Happiness
For you, a hug from Brazil.
www.josemariacosta.com