Pernahkah anda fikir.......
Ada apa dengan CINTA?
Apakah yang dimaksudkn dengan CINTA??
Siapakah yang harus anda CINTAI???
Haruskah berCINTA diantara lelaki dengan wanita????
Bagaimanakah mahu berCINTA dengan mendapat redha
ALLAH S.W.T....??????
ALLAH S.W.T....??????
Cinta selalu sahaja dikaitkn dengan remaja... Cinta pada ibubapa, kawan2, guru & pasangan tetapi Cinta ALLAH adalah cinta yang paling hakiki.... Cinta & rasa sayang itu adalah fitrah semulajadi manusia.... Ia adalah anugerah yang tidak terhingga yang mampu mengubah seseorang sama ada kepada kebaikan @ keburukan... Sebelum kita mencintai orang lain, eloklah kiranya kita mencintai diri kita terlebih dahulu..... Kenapa begitu???? Kerana dengan adanya cinta kepada diri kita,kita juga akan turut mencintai allah dan rasulNya jua ibubapa kita...... Bagaimana????? Kita diciptakan oleh ALLAH... Jika kita benar2 mencintai diri kita, kita akan tahu akan kebesaran dan kekuasaan ALLAH S.W.T...
Kenapa kita perlu menCINTAI ALLAH S.W.T & ibubapa kita????
Kerana ALLAH S.W.T yang menciptakan kita.... Seluruh alam semesta yang indah ini... SUBHANALLAH.... Kita perlu mencintai ibubapa kita kerana mereka yang telah mengandung, melahir, menyusu, menjaga, membesarkan dan memberikan kita pendidikan... Pada saya, tidak salah jika kita mencintai seseorang kerana rasa cinta itu adalah dari ALLAH S.W.T dan mustahil untuk kita buang dan nafikan perasaan tersebut....
Bagi saya juga, tidak salah untuk kita berpasangan tetapi biarlah berlandaskn islam, tidak melanggar syariat dan punyai matlamat.... Iaitu berkawan untuk mengenali hati budi jua untuk dijadikan suami @ isteri.... Bukan berkawan hanya untuk berseronok, suka2 @ untuk kepuasan diri... Janganlah berkawan kerana nafsu... Haruslah dikaal dan kena pada tempatnya.. Pada yang belum terlibat, janganlah cuba2 untuk melibatkan diri... Jika sudah terlibat, boleh teruskan tetapi pandai2lah menjaga batas supaya sama2 mendapat keredhaan ALLAH S.W.T....
Kawal yang saya maksudkan disini ialah kawal emosi, sikap dan batas.... Jagalah batas pergaulan... Emosi juga penting... Jangan sampai akhirnya terjejas pelajaran dan kesihatan... BerCINTA dengan mendapat redha ALLAH S.W.T... Islam mengajar kita supaya menjaga batas dan pergaulan... Jika berCINTA tidak semestinya perlu berhubung dan bertemu....
Seandainya tidak berhubung dan bertemu, tidak bermaksud kita tidak sayang pada pasangan kita... Jagalah perlakuan dan percakapan...
Kenapa tidak digalakkan untuk kita berCINTA???
Kerana untuk mengelak dari berlakunya maksiat... Dunia pada hari ini,terlalu banyak maksiat yang berlaku... Banyak kes zina dan pembuangan anak.. Dunia akhir zaman... NA'UZUBILLAH.... Pada saya, klu kita sudah puas berCINTA sebelum berkahwin, apabila sudah berkahwin sudah tidak ade lagi nikmat berCINTA itu... Kita akan mula berasa bosan kerana sudah tidak banyak perkara lagi yang nak diceritakan.. Segalanya telah dikongsisebelum berkahwin... Jadi, kawallah diri masing-masing... Jangan sampai tergadai body.. Binasa diri... Ini adalah nasihat untuk sahabat2 jua diri saya sendiri... Saya juga manusia.. Saya juga ada melakukan kesalahan.. Saya juga ada hati dan perasaan.. Saya juga mahu menCINTAI dan diCINTAI seseorang...
Jangan biar syaitan menguasai diri kita... Perbanyakkanlah berzikir dan selawat keatas Nabi S.A.W...
Firman ALLAH S.W.T:
لا تقرب الزنا
bermaksud : janganlah kau menghampiri zina....
Marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita dan fikirkan kembali adakah benar segala tindakan kita
selama ini.....
Saya menyeru kepada sahabat2 supaya rajin2 menbaca Al-Quran,zikrullah dan berselawat keatas nabi....
Ingatilah pencipta kita selalu....
Jangan disebabkan CINTA,hidup kita menderita dan binasa...
Pesanan kepada yang putus CINTA,ingatlah bahawa CINTA itu adalah milik ALLAH S.W.T.....
Bunga bukan sekumtum...Kumbang bukan seekor...
Inilah asam garam dalam kehidupan...
bersyukurlah....Dengan ujian itu,kita akan lebih dekat dengan ALLAH S.W.T....
Mungkin ada yang lebih baik lagi...Yakinlah dengan ALLAH S.W.T....ALLAH tidak akan pikulkan
kita dengan beban yang berat yang kita sendiri tidak mampu menanggungnya...
Berdoalah kepada ALLAH....
Semoga kita semua sentiasa di dalam peliharaan ALLAH S.W.T...AMIN.....
WALLAHU'ALAM...
No comments:
Post a Comment