Saturday, March 10, 2012

CEMBURU DAN MALU

Assalamualaikum..


Di antara keistimewaan agama Islam kita adalah perhatiannya kepada moral dan akhlak yang mulia. Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (HR. Ahmad). Ketika Nabi Muhamad S.A.W diutuskan, beliau mengakui dan menetapkan akhlak mulia dan budi pekerti yang ada pada masyarakat Jahiliyyah. Sebaliknya, beliau berupaya menghapus semua akhlak dan perilaku rendahan mereka, dan meluruskan apa yang perlu diluruskan. Di antara akhlak mulia yang dipegang teguh oleh masyarakat Jahiliyah adalah "kecemburuan".

Seorang lelaki sangat cemburu terhadap kaum wanita mahram mereka. Bahkan ada sebahagian dari mereka yang kecemburuannya berlebihan, hingga tegar menguburkan puterinya hidup-hidup kerana khuwatir kalau sudah dewasa akan berbuat sesuatu yang memalukan. Maka Allah S.W.T mengharamkan perbuatan tersebut dan melestarikan rasa cemburu (ghairah) dengan menjadikannya sebagai bahagian dari cabang iman.

Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud,: "Tiada sesuatu apapun yang lebih cemburu dibandingkan Allah." (HR. Ahmad dan Al-Bukhari). "Sesungguhnya Allah cemburu dan orang beriman pun cemburu. Allah akan cemburu apabila seseorang melakukan apa yang DIA haramkan." (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim). Pernah suatu saat, ketika terjadi gerhana matahari, Nabi S.A.W bersabda di dalam khutbahnya yang bermaksud,: "Wahai umat Muhammad, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu dibandingkan Allah." (Muttafaq 'alaih)

Suatu ketika, Sa'ad bin Ubadah berkata,: "Seandainya aku menemukan seorang lelaki bersama isteriku tentu aku tebas ia dengan pedang, bukan dengan lempengnya tetapi dengan mata pedangnya". Maka Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,: "Apakah kalian berasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguh-nya aku lebih cemburu dibanding dia, dan Allah lebih cemburu dibanding aku." (Muttafaq 'alaih) Para shahabat Nabi S.A.W benar-benar berpegang teguh kepada sikap (rasa) kecemburuan ini, kerana cemburu (ghairah) mempunyai kedudukan yang sama dengan kewajiban dan cabang-cabang iman lainnya.
Maka tidak aneh apabila ada salah seorang di antara mereka yang membunuh atau dibunuh kerana kecemburuan yang ia pelihara. Ibnu Hisyam meriwayatkan, bahawa ada seorang wanita Arab membawa barang dagangannya untuk dijual di Pasar Bani Qainuqa' (salah satu suku Yahudi Madinah). Ia duduk berdekatan dengan tukang perhiasan emas dan perak. Lalu sekelompok orang Yahudi datang dan bermaksud akan menyingkap wajahnya, namun wanita itu menolak keras. Kemudian, secara diam-diam si tukang perhiasan tadi mengikatkan hujung pakaian wanita itu ke punggungnya, sehingga ketika si wanita itu berdiri auratnya tersingkap dan ia pun berteriak. Mendengar jeritan itu, seorang lelaki muslim melompat menyerang dan menindih lalu menghabisi nyawa tukang perhiasan jahat tadi. Akibatnya, sekelompok orang Yahudi membelasah lelaki muslim itu hingga tewas.

Mendengar peristiwa itu, Rasulullah S.A.W terus berangkat bersama sejumlah pasukannya dan mengepung Bani Qainuqa', sehingga akhirnya mereka menyerah dan Nabi S.A.W mengusir mereka ke Negeri Syam. Para ulama terdahulu (salaf) dan kaum muslimin menjunjung tinggi sikap mulia ini (cemburu), mereka tidak pernah menganggapnya remeh meskipun di dalam masa-masa tertindas. Ketika kaum Salibis Nasrani menjajah sebahagian negeri mereka selama hampir dua abad lamanya, suatu rentan waktu yang cukup panjang dan keadaan kaum Muslimin telah dianggap rapuh serta lemah, sedangkan kaum Salibis kuat dan akan tetap tinggal di negeri jajahan itu sampai turunnya Isa Al-Masih.

Namun kenyataannya, kaum Muslimin tetap tegar memegang teguh sikap (rasa) kecemburuan. Sementara itu, kaum Salibis Nasrani sama sekali tidak mempunyai rasa cemburu (dayus). Seorang di antara mereka berjalan-jalan bersama isterinya, lalu di tengah jalan sang isteri berjumpa dengan teman lelakinya, maka sang suami memberi kesempatan kepada isterinya bersukaria dengan lelaki tadi. Semoga Allah melindungi kita. Sungguh sangat memprihatinkan, di negara kita yang berpenduduk majority muslim ini sudah terlalu jauh meninggalkan rasa cemburu. Pergaulan bebas dan berbaur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sudah menjadi tradisi, bahkan banyak orang tua yang membiarkan puterinya keluar malam bersama lelaki (teman lelaki) hingga larut malam. Dan yang lebih parah lagi ada sebahagian orang tua yang membiarkan puterinya hamil di luar nikah tanpa ada rasa malu sedikitpun, apa lagi mahu cemburu! Malah bangga, kerana puterinya sudah mempunyai teman lelaki.

Padahal Rasulullah S.A.W telah bersabda, yang bererti,: "Ingatlah! Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan syaitanlah yang menjadi pihak ketiganya." (Riwayat Ahmad dan At Tirmidzi) Sebahagian lagi ada yang acuh tak acuh, bahkan bangga jika puterinya berpakaian setengah badan lagi sopan, hingga tampak seksi dan menggiurkan lawan jenisnya. Na'udzubillah. Sungguh betapa makin jauh umat ini dari akhlak yang mulia dan dari tuntunan agamanya, termasuk diantaranya rasa cemburu. Termasuk bentuk terkikisnya rasa cemburu adalah seorang lelaki membiarkan isteri atau wanita yang menjadi tanggungjawabnya ke luar rumah dengan membuka pakaian hijab atau jilbab, menampakkan sebahagian auratnya atau menampakkan bentuk tubuh dan warna kulitnya. Termasuk juga membawa isterinya ke tempat-tempat umum yang terjadi ikhtilat di sana seperti pesta-pesta, sehingga isterinya menjadi sorotan dan sasaran pandangan kaum lelaki, juga membiarkan mereka melakukan safar (perjalanan jauh) tanpa disertai mahram.

Rasulullah S.A.W bersabda, yang bererti,: "Jangan sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, melainkan dia beserta mahramnya dan janganlah seorang wanita itu melakukan safar, kecuali bersama mahramnya." Maka seorang lelaki berdiri dan berkata,: "Wahai Rasulullah sesungguhnya isteriku pergi haji, sedangkan aku sendiri telah diwajibkan ikut di dalam peperangan ini dan ini," maka beliau bersabda, ertinya,: "Pergilah berangkat haji bersama isterimu." (HR al Bukhari-Muslim) Gambaran-gambaran di atas merupakan ilustrasi real dari keadaan yang ada di beberapa Negara Islam atau yang majoriti penduduknya muslim.


Kedudukan Rasa Malu

Malu adalah cabang dari cabang-cabang iman sebagaimana hal itu diriwayatkan di dalam sebuah hadith Nabi S.A.W yang bererti,: "Maka barangsiapa sedikit rasa malunya berkuranglah keimanannya". Rasulullah S.A.W bersabda lagi, ertinya, "Rasa malu itu tidak datang melainkan dengan membawa kebaikan." Dan di dalam satu riwayat Muslim: ertinya,"Rasa malu itu baik semuanya," dan beliau bersabda lagi yng bermaksud,: "Semuanya adalah baik" Berkata Salman al Farisi, "Sesungguhnya apabila Allah menghendaki kehancuran seorang hamba, maka DIA cabut rasa malu dari dirinya. Jika rasa malu telah tercabut darinya, maka ia tidak menemui Allah, melainkan di dalam keadaan terlaknat dan dimurkai" Seorang penyair berkata, "Maka demi Allah, tidak ada lagi kebaikan dalam kehidupan dan dalam dunia ini, …bila rasa malu telah pergi. Orang itu akan hidup dengan baik selagi memiliki rasa malu." Sebagaimana ranting kayu akan lestari jika kulitnya masih abadi.

Penyair lain berkata: "Sesungguhnya aku melihat bahawa orang yang tidak memiliki rasa malu dan tidak pula (memiliki) amanah ibarat orang telanjang ditengah-tengah manusia.

Sebab-Sebab Rendahnya Rasa Malu

Rendahnya rasa malu (terutama pada wanita) disebabkan oleh banyak faktor, antara lain:

1.Tidak adanya pendidikan secara serius semenjak kecil, kerana orang yang terbiasa dengan sesuatu, pada masa mudanya akan terbawa terus hingga masa tuanya. Sesungguhnya ranting-ranting itu akan tegak lurus. Manakala engkau meluruskannya (dimasa tumbuh) namun ia tidak bisa diluruskan Ketika sudah menjadi kayu


2.Seringkali wanita bergaul dan berbincang-bincang dengan lelaki ajnabi (yang bukan mahramnya).


3.Seringkali bergaul dengan orang-orang yang sedikit rasa malunya atau seringkali melihat mereka. Melalui acara melancong ke luar negeri, bertemu di pasar, pusat-pusat perbelanjaan atau tempat wisata, juga melalui media tontonan.


4.Termasuk faktor yang terpenting juga adalah seringkali wanita ke luar rumah. Allah berfirman, ertinya,: "Dan berdiamlah kamu (isteri-isteri Nabi S.A.W) di rumah-rumah kamu." Nabi S.A.W juga bersabda, ertinya,: "Wanita itu adalah aurat. Sesungguhnya apabila ia keluar maka syaitan membuntutinya dan sesungguhnya dia tidak lebih dekat kepada Allah dibanding (ketika) ia berada di tengah-tengah rumahnya."
Juga sabdanya yang lain, ertinya,: "Janganlah kamu melarang isteri-isterimu (mendatangi) masjid, sedang rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka." (HR Ahmad dan Abu Dawud) Al Hafizh ad Dimyati berkata,: "Ibnu Khuzaimah dan para ulama menyatakan bahwa solat wanita di rumahnya lebih baik dibandingkan solatnya di masjid, meskipun masjidil-Haram,Mekah, masjid Nabawi Madinah atau masjid al Aqsha. Marilah kita berusaha membuktikan persaksian kita bahwa Muhammad S.A.W adalah Rasulullah dengan cara mempercayai apa yang beliau khabarkan, mentaati apa yang beliau perintahkan dan menjauhi semua yang beliau larang. Jangan sampai kita menyalahi perintahnya kerana mengikuti hawa nafsu atau kerana pengaruh seseorang atau kerana sebab-sebab lain. Allah S.W. T telah berfirman, ertinya,: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih." (an Nur 63).

Sumber: Nasyrah Darul Wathan Riyadh "al ghairah wal haya' terjemah Agus Hasan Bashori dengan sedikit penyesuaian dari redaksi.

No comments:

Post a Comment