Saturday, April 21, 2012

Oh Hati....



Dalam kesibukan sahabat-sahabatku ber'AGM' dan study untuk imtihan thani yang sedang rancak berjalan, aku pula diuji oleh Allah dengan sakit-sakit.. Aku demam 2 minggu lebih yang tak kebah-kebah.. Sakit tulang belakang yang menyukarkan untuk aku bergerak.. Adik-adikku bersusah payah untukku.. Aku amat malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.. Aku dikejarkan ke hospital kerana sudah tak mampu untuk bangun dan berjalan..

Aku disahkan terkena jangkitan kuman.. Aku amat takut dan terkejut.. Tiba-tiba aku teringat di zaman sekolah menengahku dulu.. Seorang ustazku meninggal dunia akibat dari jangkitan kuman.. Aku takut.. Aku tau mahu mati lagi kerana amalan yang terlalu amat kurang.. imtihan aku juga sudah hampir tapi aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.. Lagi bertambah sedih apabila tidak dipedulikan sahabt-sahabat yang lain dan orang atasan.. Bukan aku mahukan perhatian dari siapa-siapa tapi jika tiada adik-adikku di Jordan ini, entah apalah yang akan terjadi pada diriku.. Hanya Allah saja yang mengetahuinya.. Seminggu langsung tak pergi kelas..

Duit sudah kering.. Tak mampu nak menghubungi mak ayah di Malaysia.. Lagipun memang mustahil untuk menghubungi family di Malaysia.. Aku tak sanggup untuk menyusahkan mak ayah dan buat mereka risau dengan keadaan aku yang jauh dari mata mereka.. Tapi jujur, ketika ini aku amat memerlukan mak ayah.. Rindu yang tak tertanggung dan tak terlafaz.. Terkenang disaat sakit sebelum jejakkan kaki di bumi Anabiya' ini.. Ayah dan mak yang akan menjagaku dikala aku sakit dan tak boleh tidur.. Dari kecil hinngalah aku berusia 21 tahun.. Terasa seperti budak-budak tapi memang itulah mak ayahku.. Selalu memanjakan anak-anaknya teruatama apabila sakit.. Maklumlah semuanya puteri..

Insan-insan yang kuharap dan sayang tak pedulikan diri ini.. Aku pasrah.. Bukan niatku untuk menyusahkan tapi sakit yang datang tanpa dipinta dan akan terkena pada siapa-siapa saja membuatkanku semakin sensitif dengan semua orang dan terasa amat memerlukan sahabat-sahabat.. Tapi aku sentiasa cuba positifkan diri.. Aku sentiasa usaha fikir mereka sibuk tapi aku amat kesal kerana kerja apa yang lebih penting dari nyawa seseorang???

Padaku, sakit ini adalah kifarah dosa.. Allah sayangkan hamba-hambaNYA.. Dia datangkan ujian untuk menyedarkan,menyuci dosa-dosa kecil dan menguji hamba-hambaNYA.. Aku bersyukur kerana terpilih untuk menjalani banyak ujian dari Allah.. Walaupun aku lemah, tak kuat untuk menanggung sendirian tapi aku akan sentiasa berlapang dada.. InsyaAllah..

Hari ini aku sudah betul-betul kebah dari demam yang panjang tapi sakit tulang belakang masih tetap tak berkurang.. Aku masih sukar untuk bangun dan bergerak tapi aku tetap gagah dan lawan kerana sudah tak sanggup lagi untuk menyusahkan orang lain.. Lagipun orang yang aku harapkan tidak pedulikan aku langsung.. Alasannya sibuk dengan imtihan.. Aku sedih kerana aku juga sibuk dengan imtihan..

Oh Hati...
Sabarlah wahai hati..
Janganlah engkau kecewa dengan sikap manusia lain..
Allah tetap bersama orang-orang yang sabar..
Tahanlah airmatamu dari mengalir..
Janganlah engkau bazirkan airmatamu untuk manusia-manusia yang tak bertanggungjawab..
Janganlah engkau menangis..
Ubatilah kesediahan dan kesepianmu itu dengan ayat-ayat Allah yang amat engkau cintai..
Sabarlah wahai hati..
Allah akan sentiasa bersamamu..
Allah menyayangimu..
Kerana itu DIA datangkan ujian yang banyak dan berat untukmu..
DIA mahukan engkau lebih mendekatinya..
Bertaubatlah sebelum tertutup pintu taubatNYA untukmu..
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM...

                                   
                                       اللهم اشرح بالقرأن العظيم صدورنا ويسر به أمورنا وعظم به أجورنا
                                           
                                            وحسن به أخلاقنا ونور به قلوبنا وقبورنا يا الله يا رب العالمين


                                                        Amin Ya Rabbal 'Alamin...


Maafkan segala kesalahan diri ini..
Hargailah insan-insan yang ada bersama anda..
Jangan menyesal dikemudian hari..
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..
Jangan kerana kesalahannya yang kecil 
habis dilupakan segala kebaikannya..

No comments:

Post a Comment