Tuesday, February 21, 2012

Mengenal Zainab Al-Ghazali AlJubaili

Assalamu'alaikum..

Marilah kita sama-sama mengenali salah seorang dari pejuang Islam...

Dilahirkan pada 1917, Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas
Jama'ah Muslimat. Penubuhan Jama'ah Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan
untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi
bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah
ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul
Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba
menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin.
Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul
Muslimin .

Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul
Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada
tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup
dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab
memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'ah Muslimat
bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al
Ghazali sebagai pengerusi Jama'ah Muslimat telah memberikan bai'ah kepada
Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna
telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih.
Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi.
Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. 

Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung
kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan
Hudaibi dan beberapa orang lagi.

Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba
dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja
lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau
akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi
masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera
buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan
begitu berani. Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada
lama dalam perjuangan, mereka mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama
dengan golongan pemerintah taghut. Beliau telah menyuarakan pendapatnya
yang masyhur: "Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut
pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak
pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap
bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus
kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul
Nasseer. 

Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk
menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh
perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme
Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser
telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain
seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser
dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin
telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965.
Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat
bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang
digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka
disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk,
disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau
berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau
berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar
ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 Mei
1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan
seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain
dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing
dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat.

Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada
10 Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun
mengalami pelbagai penderitaan.

Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat ana dan pembaca.. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah pejuang-pejuang Islam..

Monday, February 20, 2012

MENGAPA IBU MENANGIS


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.


Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.


Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri...... Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.


Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.


Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ??


Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.


Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. 
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!


" Ini adalah airmata kehidupan."

Terima kasih buat bonda tercinta atas jasa dan pengorbanan kalian membesarkan dan mendidik anakmu ini.. Hanya A llah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya...

Saturday, February 18, 2012

INDAHNYA BERSAUDARA

Dikala aku sendirian dikamar,aku terkenangkan mak ayAh di Malaysia.. Tak lupa juga kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak saudara tercinta..
Ayahanda Razak..
Bonda Hasnah...
K.Long, K.Ana, K.Elly, K.Uda (kakak-kakak)...
Aton, Nurul (adik-adik)....
Firdaus, Nisa', Danial, Insyirah, Adnin, Suraiya, Syafiq Aiman, Syafiq Azhar, Syafiq Akmal dan Hafiz (anak-anak saudara)

Aku disini sedang menikmati keindahan ciptaan yg Maha Agung dgn pandangan mata..
Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar..Salji!!!
Suatu yg asing dlm hidupku sebelum ini..
Tapi, diam tak diam ini adalah salji yg turun dibumi Mu'tah buat kali ke-3 pd thn ini.. Maha Suci Allah...

Dalam menikmati kebesaran Allah S.W.T ini, aku tak pernah lupa pd keluarga tercinta yg berada jauh drku..
Walaupun jauh dimata tp sentiasa dekat dihatiku selamanya...

Tiba-tiba aku teringat kali pertama aku bermain salji bersama adik-adik serumah dgnku.. Darr Sofea.. Itulah nama bayt (rumah )kami.. Kali pertama bermain di Petra pd 25 Januari 2012 bersama Nasihah Abdul Aziz, Nor Amira Omar dan Nurul Hanisah Hussain..Alangkah indahnya bila dikenang kembali.. Aku mahu mencipta sedikit kenangan bersama-sama adik-adik tersayang sebelum aku meninggalkan bumi Anbiya' ini.. Kerana pdku, peluang yg dtg jgn disia-siakan kerana peluang sebegini tak selalu dtg dan tak semua org dpt..

Di Petra, kononnya adik-adikku hanya mahu bergambar ditepi jalan berlatarbelakangkan salji.. Aku pula tak mahu keluar dr kereta kerana tak berapa sihat.. Bila dipaksa dan memikirkan nikmat Allah ini, tak mungkin utk aku sia-siakan.. Disaat adik-adik sibuk bergambar, aku usaha naik keatas utk 'pekena' adik-adikku.. Aku gumpalkan salji dan lemparkan pd setiap seorang.. Alhamdulillah, aku mendapat respon yg baik.. Natijahnya, semua adik-adik ikut naik keatas utk balas dendam pd kakak mereka yg nakal ni..hihi... Memang itulah niat aku 'pekena' mereka.. Rasa nikmat juga bila melihat mereka girang bermain salji seperti 'budak kecil' baru dpt gula-gula.. Sakit aku pun berasa sedikit terubat... Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar!!!



Salji kali pertama 25 Januari 2012 semasa kami di Petra..


Kali ke-2 salji, aku dan adik-adikku, Nasihah Abdul Aziz, Siti Nor Wani Said dan Nurul Hanisah Hussain bermain salji di bumi mu'tah pula iaitu diperkarangan kediaman kami sendiri.. Pd mulanya, kami bercadang utk ke Jamiah (University) @ Mazar tp kami batalkan niat tu sbb aku terlalu sejuk.. Maafkan akak, ye adik-adikku...

Kami bermain bersama mutazawwij (k.zarith) dan budak-budak arab.. Bergambar bersama... Sempatlah juga buat 'snowman'.. Tapi aku tak dpt main lama-lama krn kesihatan tak mengizinkan...


Salji kali ke-2, 1 Februari 2012 ketika kami berada di bumi Mu'tah... 
Bersama anak-anak jiran Baba (tuan rumah)...


Semalam kali ke-3 salji turun... Sepanjang malam aku berdoa agar salji turun makin tebal utk keesokan harinya...  Alhamdulillah, doaku dikabulkan... Aku gembira dpt mencipta kenangan sekali lagi bersama adik-adik Darr Sofea.. Dapat bergambar, membuat 'snowman dan tanam adik Nasihah dlm timbunan salji...



Salji kali ke-3,18 Februari 2012 (hari ini).. Di Mu'tah...
Bersama anak-anak baba (tuan rumah)..

Best dan puas bermain salji bersama adik-adik.. Terima kasih buat adik-adik tercinta Siti Norwani Said, Nasihah Abdul Aziz dan Nurul Hanisah.. Semoga kenangan yg tercipta ini bermakna buat semua.. Alangkah indahnya jika kakak kita Sakinah Abu Bakar dpt bersama kita tapi apakan daya.. Sudah takdirnya pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawab yg lebih aula utk bangsa dan agama kita.. Semoga segalanya bernilai ibadah.. InsyaAllah.. Amin...

Alhamdulillah... Aku bersyukur punyai sahabat yg terbaik... Indahnya persahabatan seandainya ada persefahaman, kepercayaan, tolak ansur dan kasih sayang yg tidak berbelah bagi.. Semoga ukhuwwah yg terjalin berkekalan hingga akhirnya dan diberkati olehNya...

Terima kasih  tak terhingga buat kakandaku Sakinah Abu Bakar, adinda Siti Nor Wani Said, Nasihah Abdul Aziz dan Nurul Hanisah Hussain... Segala jasa baik kalian hanya Allah S.W.T saja yg mampu membalasnya..

Maafkan segala kesalahan dan kekurangan yg ada pada diri ini... Walaudimana kalian berada kalian sentiasa dihati ini... Sayang kalian.....

Disaat kita gembira bermain salji, jgn lupa pd keluarga kita di tanah air juga sahabat-sahabat yg berada di Syria dan dimana saja.. Sama-samalah kita mendoakan mereka...

Hati Yg Merindui..

Aku terkenangkan mak ayh di Malaysia..

UNTUK CALON IMAMKU YG BAKAL MEMBIMBINGKU..YG TELAH TERTULIS DI LOH MAHFUZ



Calon Suamiku.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Calon suami yg kusayang..

Kuharap kamu dalam keadaan baik-baik saja.

Adahal yg ingin kusampaikan melalui surat ini.

Hal-hal yg enggan aku katakan langsung padamu.

Hal-hal yg intinya hanya tentangaku... Perempuan.

Dari kecil perempuan ini dirawat dan dijaga ayah ibu.

Tak seorang lelaki pun dibiarkan mendekatiku sampai aku pantas utk didekati.

Dan nasihat-nasihat itu tak pernah bosan meluncur dr mulut mereka.

Aku selalu ingat utk menjaga auratku..

Aku selalu ingat utk menjaga hatiku..

Aku selalu ingat utk tidak membiarkan lelaki berjalan berdua dgnku.

Aku selalu ingat utk menjaga tanganku dr genggaman lelaki.

Aku selalu ingat utk menjaga pipiku dr belaian lelaki.

Aku selalu ingat utk menjaga bibirku dr kecupan lelaki.

Aku selalu ingat utk menjaga seluruh tubuhku dari tipu daya lelaki.

Aku selalu ingat utk menjaga KEHORMATAN PEREMPUAN.

Aku selalu ingat.. Kecuali saat pertemuan itu.

Kelak saat engkau telah menjadi suamiku..


Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terpasung jika kelak engkau memerintahkanku untuk berhenti bekerja?

Aku merasa bahawa perintahmu itu adalah kerana engkau terlalu mencintaiku, sehingga engkau sama sekali tidak rela melihatku bekerja keras demi mencari kekayaan dunia?

Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terpenggal jika kelak engkau memaksaku menutup auratku atau bahkan memaksaku mengenakan cadar sekalipun?

Aku merasa bahwa paksaanmu itu adalah kerana engkau begitu mencemburuiku, sehingga engkau tidak akan pernah ikhlas jika lelaki lain memandangi tubuhku dengan tatapan nafsu?

Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terbelenggu jika kelak engkau tidak memperbolehkanku mempekerjakan pembantu dalam rumah tangga kita?

Aku merasa laranganmu itu adalah kerana engkau sangat menyayangiku, sehingga engkau tidak ingin aku menyesal dikemudian hari kerana aku tidak bisa melihat anak-anak kita tumbuh dalam asuhanku?

Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terhalang jika kelak engkau melarangku untuk bebas keluar rumah tanpa izinmu?Aku merasa aturanmu itu adalah kerana engkau sangat merindukan dan mengkhawatirkanku, sehingga engkau akan merasa gelisah jika aku tidak berada dirumah?

Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terinjak-injak jika kelak engkau membatasi pergaulanku?

Aku merasa perlakuanmu itu adalah kerana engkau terlalu mengasihiku, sehingga engkau tidak ingin melihatku terjerumus ke dalam pergaulan bebas yang akan menghantarku memasuki pintu neraka?

Yaa?aku akan sangat berterima kasih jika kelak engkau membatasi kebebasanku bukan kerana ego-mu, tetapi kerana engkau sangat memahami kewajiban dan tanggungjawab yang telah Allah berikan kepadamu sebagai seorang suami?

Duhai calon suamiku? aku bukanlah robot yg tidak akan pernah merasakan letih, kelak bantulah aku dalam mengatur rumahtangga kita, jangan kau limpahkan semua urusan rumah tangga hanya padaku tanpa mau mempedulikan dan mengerti keletihanku?

Duhai calon suamiku? aku bukanlah mahkluk bisu tempat engkau memuaskan nafsumu, kelak janganlah engkau mencumbuiku dengan cara yang kasar dan dingin, cumbuilah aku dengan lembut dan penuh kasih sayang?

Duhai calon suamiku? aku bukanlah patung tak berperasaan, kelak setialah padaku, sayangilah aku, dan hormatilah aku layaknya ratu dalam hatimu?


Duhai calon suamiku?sungguh yang kuharapkan hanyalah kebahagiannya dalam rumahtangga kita, yang kuinginkan adalah redha dari dirimu, yang kudambakan hanyalah genggaman tanganmu yang akan membawaku ke syurga dunia dan akhirat?

Untuk itu ajaklah aku untuk menyelami kehidupan yang paling berbahagia, mari kita saling mengerti, memahami, dan mengasihi selayaknya dua insan yang raga dan jiwanya telah saling menyatu?oh sungguh bahagianya aku jika memiliki suami yang akan mengajariku dengan cinta dan membimbingku dengan kasih? SubhanAllah?

Duhai calon suamiku? sebelumnya aku ingin berterima kasih padamu kerana kelak engkaulah yang akan membawaku memasuki syurga yang tiada akan pernah terbayangkan indahnya, engkaulah yang akan menuntunku mencapai Redha Illahi, engkaulah yang akan menjagaku dalam mengarungi lautan hidup, engkaulah yang akan menjadi sandaran saat ragaku letih dan bersedih, engkaulah yang akan membantuku untuk menjadi seorang ibu yang paling berbahagia, engkaulah yang akan menemaniku disaat usiaku telah senja, dan engkaulah yang akan menjadi tempat untuk aku mencurahkan seluruh perasaan hatiku? Sungguh aku akan menjadi istri yg paling berbahagia jika memiliki suami yg menyayangi dan mencintaiku kerana Allah dan semoga itu adalah dirimu?

Calon suamiku sekian surat cinta untukmu yang ku tulis penuh dengan kasih dan harapan?

Semoga Allah selalu Meredhai dan Memberkati rumah tangga kita nanti dengan kebahagiaan yg tiada akan pernah berakhir? Amiin...

Wanita yang akan kau bawa ke SyurgaNya..


Maafkan segala kekurangan yg ada pd diri ini.. Moga kita dpt saling melengkapkan antara satu sama lain..

Monday, February 13, 2012

Hari Kekasih tradisi penganut Kristian



Dikala kumendengarkan dendangan nasyid di laptopku, aku teringat bahawa esok 14 Februari. Terkenangkan seorang sahabat yg sdh lama 'lost contact'. 14 Februari adalah merupakan hari lahirnya. Dan juga merupakan Hari Kekasih tradisi penganut Kristian. Ingin berkongsi sedikit maklumat tentangnya.


SETIAP Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai ‘Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih.



Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?

Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.

Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.

Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.

Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?

Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.

Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno.

Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tatasusila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci.

Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.

Renungi firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman.

“Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak dapat masuk syurga selagi tidak beriman, dan tidak beriman selagi tidak berkasih sayang sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan yang kalau kamu kerjakan dapat menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam sambutan Aidiladha yang baru saja berlalu.

Kisah kecekalan hati seorang ayah dan kesabaran serta keredaan seorang anak dalam menunaikan perintah Allah itu dirakamkan dalam firman-Nya bermaksud : “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama (Nabi) Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu.” Dia (Nabi Ismail) menjawab: Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102-103)

Ayat seterusnya merakamkan ketabahan dan kecekalan hati kedua-duanya dalam menjunjung perintah Allah walaupun ternyata begitu berat dan hampir tidak mampu dilakukan, melainkan dengan keimanan kukuh dan kecintaan yang mendalam terhadap Rabb-nya.

Hayati lagi kisah mereka menerusi firman Allah bermaksud : “Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran kedua-dua kamu telah membenarkan mimpi itu), sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Surah as-Saffat, ayat 103-107)

Peristiwa besar itu diangkat martabatnya oleh Allah, lalu mewajibkan mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pada Aidiladha, ketika berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah haji.

Itulah lambang keimanan dan kasih sayang sejati iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah semata-mata.

Dalam suasana umat Islam masih berduka cita lantaran kesengsaraan dan musibah yang melanda, marilah kita menghulurkan bantuan. Paling kurang, dengan mendoakan kesejahteraan, keamanan dan keselamatan mereka..

Buat sahabat-sahabat yg lahir pd 14 Februari, ana ucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga dipermudahkan segala urusan..Amin Ya Robb.. InsyaAllah..