Ayahanda Razak..
Bonda Hasnah...
K.Long, K.Ana, K.Elly, K.Uda (kakak-kakak)...
Aton, Nurul (adik-adik)....
Firdaus, Nisa', Danial, Insyirah, Adnin, Suraiya, Syafiq Aiman, Syafiq Azhar, Syafiq Akmal dan Hafiz (anak-anak saudara)
Aku disini sedang menikmati keindahan ciptaan yg Maha Agung dgn pandangan mata..
Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar..Salji!!!
Suatu yg asing dlm hidupku sebelum ini..
Tapi, diam tak diam ini adalah salji yg turun dibumi Mu'tah buat kali ke-3 pd thn ini.. Maha Suci Allah...
Dalam menikmati kebesaran Allah S.W.T ini, aku tak pernah lupa pd keluarga tercinta yg berada jauh drku..
Walaupun jauh dimata tp sentiasa dekat dihatiku selamanya...
Tiba-tiba aku teringat kali pertama aku bermain salji bersama adik-adik serumah dgnku.. Darr Sofea.. Itulah nama bayt (rumah )kami.. Kali pertama bermain di Petra pd 25 Januari 2012 bersama Nasihah Abdul Aziz, Nor Amira Omar dan Nurul Hanisah Hussain..Alangkah indahnya bila dikenang kembali.. Aku mahu mencipta sedikit kenangan bersama-sama adik-adik tersayang sebelum aku meninggalkan bumi Anbiya' ini.. Kerana pdku, peluang yg dtg jgn disia-siakan kerana peluang sebegini tak selalu dtg dan tak semua org dpt..
Di Petra, kononnya adik-adikku hanya mahu bergambar ditepi jalan berlatarbelakangkan salji.. Aku pula tak mahu keluar dr kereta kerana tak berapa sihat.. Bila dipaksa dan memikirkan nikmat Allah ini, tak mungkin utk aku sia-siakan.. Disaat adik-adik sibuk bergambar, aku usaha naik keatas utk 'pekena' adik-adikku.. Aku gumpalkan salji dan lemparkan pd setiap seorang.. Alhamdulillah, aku mendapat respon yg baik.. Natijahnya, semua adik-adik ikut naik keatas utk balas dendam pd kakak mereka yg nakal ni..hihi... Memang itulah niat aku 'pekena' mereka.. Rasa nikmat juga bila melihat mereka girang bermain salji seperti 'budak kecil' baru dpt gula-gula.. Sakit aku pun berasa sedikit terubat... Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar!!!
Salji kali pertama 25 Januari 2012 semasa kami di Petra..
Kami bermain bersama mutazawwij (k.zarith) dan budak-budak arab.. Bergambar bersama... Sempatlah juga buat 'snowman'.. Tapi aku tak dpt main lama-lama krn kesihatan tak mengizinkan...
Salji kali ke-2, 1 Februari 2012 ketika kami berada di bumi Mu'tah...
Bersama anak-anak jiran Baba (tuan rumah)...
Semalam kali ke-3 salji turun... Sepanjang malam aku berdoa agar salji turun makin tebal utk keesokan harinya... Alhamdulillah, doaku dikabulkan... Aku gembira dpt mencipta kenangan sekali lagi bersama adik-adik Darr Sofea.. Dapat bergambar, membuat 'snowman dan tanam adik Nasihah dlm timbunan salji...
Salji kali ke-3,18 Februari 2012 (hari ini).. Di Mu'tah...
Bersama anak-anak baba (tuan rumah)..
Best dan puas bermain salji bersama adik-adik.. Terima kasih buat adik-adik tercinta Siti Norwani Said, Nasihah Abdul Aziz dan Nurul Hanisah.. Semoga kenangan yg tercipta ini bermakna buat semua.. Alangkah indahnya jika kakak kita Sakinah Abu Bakar dpt bersama kita tapi apakan daya.. Sudah takdirnya pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawab yg lebih aula utk bangsa dan agama kita.. Semoga segalanya bernilai ibadah.. InsyaAllah.. Amin...
Alhamdulillah... Aku bersyukur punyai sahabat yg terbaik... Indahnya persahabatan seandainya ada persefahaman, kepercayaan, tolak ansur dan kasih sayang yg tidak berbelah bagi.. Semoga ukhuwwah yg terjalin berkekalan hingga akhirnya dan diberkati olehNya...
Terima kasih tak terhingga buat kakandaku Sakinah Abu Bakar, adinda Siti Nor Wani Said, Nasihah Abdul Aziz dan Nurul Hanisah Hussain... Segala jasa baik kalian hanya Allah S.W.T saja yg mampu membalasnya..
Maafkan segala kesalahan dan kekurangan yg ada pada diri ini... Walaudimana kalian berada kalian sentiasa dihati ini... Sayang kalian.....
Disaat kita gembira bermain salji, jgn lupa pd keluarga kita di tanah air juga sahabat-sahabat yg berada di Syria dan dimana saja.. Sama-samalah kita mendoakan mereka...

No comments:
Post a Comment